^^ kawan-kawan ^^

Mari Like !

^_^ tabung ^_^

Khamis, 1 Ogos 2013

Resepi puding caramel

Assalamualaikum . 
Hari nie nak kongsi resepi puding caramel . 
Mira nie sangat la suka puding nie . 
Mmg best laaa , letak dalam peti ais. Makan sejuk- sejuk. 
Perrrgghhhh . Terbaik laa . Nak buat pon simple sangat . Senang sangat. 
Ok . Mula-mula sediakan bahan dulu . 

Bahan-bahan
5@6 biji telur (kalau nk best pakai 6biji)
1 tin susu cair 
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila .
5-6 sudu besar gula.

Dah ada semua bahan tu , boleh laa start buat . 

First sekali , gorengkan gula dalam kuali yg panas smpai cair dan warna perang-perang sikit
Bila dah cair , tuang dalam loyang, bg semua permukaan loyang tu kena gula . 
Hati-hati tau sebab loyang tu panas nanti . Lepas tu ketepikan dulu loyang tu . 
Kalau gula dalam loyang tu beku pon , abaikan ja .

Sebelum tu , panaskan air dalam pengukus dulu ya . 

Lepas tu , masukan semua telur , susu cair ,susu pekat dan esen ke dalam blandder . 
Mira blandder ja semua tu , sebab malas nk pukul guna tangan , hehehehe . 
Bila semua dah sebati elok , tuangkan ja adunan tadi ke dalam loyang yg ada gula tadi. 
Then , kukus yg sampai masak dalam 30-45 minit . 
Bila dah masak , terbalik kan dalam pinggan . Siaaappp !!!!
Tunggu sejuk dulu , baru masuk peti , nanti jahanam pulak peti ais tu . 

Taarraaaaaa ! Ni lah hasilnyaaaaaaaa . 


Walaweehhh , sedap tau , sesuai buat hidangan untuk minum petang . Selamat memcuba . Bye2 :)


Terima Kasih. Datang Lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

^_^ muzium negara ^_^